Sunday, January 23, 2011

~kekeliruan~

keliru?situasi ini bukanlah asing bagiku kerana ia sering berlaku dalam diriku sendiri. Keliru yang aku maksudkan di sini berkaitan dengan kekeliruan makna ataupun maksud sebenar yang ingin disampaikan ketika berlakunya komunikasi antara dua pihak atau lebih. Keliru dalam menanggapi maksud yang ingin disampaikan berlaku apabila satu pihak memberi makna yang salah terhadap perkara yang ingin disampaikan oleh pihak yang lain. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya,  pihak yang berkomunikasi itu menggunakan bahasa pertuturan seharian yang agak berlainan. Faktor ini sedikit sebanyak akan memberi kesan dalam menanggapi maksud yang ingin disampaikan dalam sesebuah perbualan/komunikasi. Adalah penting bagi pihak yang ingin melakukan sesebuah perbualan/komunikasi menyelidiki dan memahami latar belakang orang yang ingin diajak untuk berbual/berkomunikasi agar perbualan yang berlaku tidak menjadi sia-sia. Sebagai contoh, seorang rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Melayu versi Malaysia berbual dengan seorang rakyat Indonesia yang fasih berbahasa Melayu versi Indonesia. Walaupun kedua-duanya fasih berbahasa Melayu, namun bahasa Melayu yang digunakan oleh kedua-dua rakyat ini memiliki perbezaan, atau sesuai lagi jika dikatakan serupa tetapi berbeza. Mungkin sebahagian maksud dapat ditanggapi dengan betul, namun sebahagian lagi mungkin akan menimbulkan kekeliruan maksud antara kedua-dua rakyat ini. Kekeliruan yang timbul ini akan merosakkan kelancaran komunikasi yang dilaksanakan oleh mereka. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum anda memulakan bicara dengan seseorang.

*untuk tujuan kemudahfahaman para pembaca yang budiman, tontonilah lakon layar di bawah ;


Monday, January 17, 2011

~bahasa~


baik budi, baiklah bahasa
kadang2 aku terfikir juga, relevankah kata2 ini? baik budi, baiklah bahasa. sekiranya budi tak baik, adakah bahasanya juga tak baik? bolehkah bahasanya baik, namun budinya pula tak baik? ataupun bahasanya tak baik, tapi budinya pula yang baik? aku perhatikan manusia sekarang ini ramai yang menggunakan bahasa yang kurang baik, tapi mereka merupakan orang yang budiman(maksud aku,mereka ini baik budinya). kedengaran bahasa mereka agak kasar, tapi budi mereka tidaklah sekasar bahasa mereka. contoh terdekat, kawan2ku. kalau mereka ingin mengajakku keluar makan, bahasa yang digunakan tidaklah baik sangat untuk didengar. contoh;
kawan : wei, jom g makan. malam ni aku belanja.
aku : tak nakla, aku baru je pas makan.

si kawan ini niatnya baik, ingin menabur budi seikhlas hati, namun bahasa yang digunakan kedengaran agak kasar. tapi, ini jelas membuktikan bahawa kata2 "baik budi, baiklah bahasa" ini agak kurang relevan untuk digunakan dalam kehidupan seharian manusia. mungkin disebabkan oleh faktor kebiasaan dalam pergaulan dan juga umur menyebabkan kebaikan budi melalui kebaikan bahasa ini amat jarang dan dilihat agak janggal untuk digunakan dalam kehidupan seharian seorang remaja yang baik hati, namun berbahasa jahat. aku pun kadang2 terguna juga bahasa kasar ketika hendak menabur budi kepada kawan2, maklumlah sudah menjadi kebiasaan dalam pergaulan sesama rakan. kalau ingin menggunakan bahasa yang baik, lihatlah keadaan sekeliling terlebih dahulu.

*....psst...........cakap siang pandang2,cakap malam dengar2,jangan bising, nanti jiran sebelah marah.

Sunday, January 16, 2011

~pembuka kalam~

bismillahirahmanirahim...
bagiku, kata2 itu merupakan satu doa. apa yang ku tuliskan dalam ruangan ini juga merupakan doaku.
moga doaku ini dimakbulkan oleh-Nya.

semester 6, semester yang agak mencabar bagi diriku kerna selepas berlalunya semester 6 ini, maka aku akan pergi ke sekolah, berada di sekolah selama satu semester. Namun, adakah diri ini sudah bersedia untuk berhadapan dengan suasana sekolah??? mungkin ya dan mungkin tidak.
semester 6 inilah yang akan memberikan sedikit sebanyak bantuan kepadaku sebelum menghadapi semester 7 di sekolah. Perkara utama yang perlu aku selesaikan pada semester 6 ini berkenaan dengan isu rokok.
Azam tahun baruku, "BERHENTI MEROKOK" diharap dapatku laksanakan dengan jayanya. Walaupun telah lama kusedari betapa bahayanya amalan merokok, namun akibat faktor ketagihan yang melampau-lampau, maka bahaya merokok ini tidakku peduli. Sehari sebungkus rokok, cukup membahagiakan namun menjanjikan derita di kemudian hari. Idea untuk berhenti merokok ini kuperolehi pada Disember 2010, daripada kawanku. Mungkin juga kerna pada masa itu memang sudah tergerak dihatiku untuk membuang amalan merokok. Berbalik kepada "kawanku" tadi, agak terkejut juga diriku apabila dia mengkhabarkan bahawa dia sudah berhenti merokok. Puncanya, batuk berdarah akibat amalan merokok. Dengan mengetahui keadaan kawanku itu, diriku mula tergerak untuk melakukan transformasi-jauhi amalan merokok.Alhamdulillah, tanggal 16 Januari 2011 ini, aku berjaya mengurangkan jumlah rokok yang dihisapku. Jika sebelum ini 20 hingga 25 batang rokok sehari, kini telah berkurangan kepada 5 hingga 10 batang rokok sehari. Moga usaha dan azamku ini berterusan dan seterusnya dapat membuatkan hidupku bebas tanpa ROKOK.
*kpd perokok yg membca blogku ini, seandainya anda ingin berhenti merokok, kuatkanlah azam dan berpeganglh pd niat utk berhenti merokok kerna "sesungguhnya semua amalan itu bermula dengan niat"....